#8

Tak tahu lately ni asyik rasa serabut, takut, gelisah, tak tentu hala, celaru, marah, overthinking, sedih,

tak tahu aku kenapa.

Dah solat, dah ambil wudhu sebelum tidur tapi masih,

masih tak tenang,

lately,

asyik rasa nak minta maaf dekat orang, nak maafkan orang.

Entah.

Sekarang, aku cepat marah, tak menyabar, cepat tersentuh padahal benda kecik kuman je,

kalau dah sakit hati tu jangan cakap la paras mana,

sakit hati kuasa 3 darab 5 bahagi 100 tambah 67 tolak 40 sama dengan 90142834763.

*kau diam kau takyah nak mempersoalkan math aku tu*

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illAllah wallahu akbar.

Ya Allah gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dengan kegembiraan,
di tempat ketakutan dengan keamanan.

Ya Allah sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan,
padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan.

Ya Allah buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan,
letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian, 
berilah balasan baginya dengan kejayan yg sudah hampir.

Ya Allah halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-Mu
tindakan-tindakan ku yg keliru kepada jalan-Mu yang lurus,

Ya Allah lenyapkanlah dukacita ku,
hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku,
halaulah keresahan dari jiwaku

Ya Rabb
Ya Tuhanku
daku berlindung kepada-Mu dari rasa takut,
daku bersandar dan berserah hanya kepada-Mu,
daku tidak meminta tolong melainkn kepada-Mu,
Engkaulah pemelihara ku, sebaik baik pelindung dan penolong.

Amin ya Allah.